Monday 28 December 2015

BAB 3 : INTONASI

2.2.2  Intonasi pelbagai jenis ayat. 

   Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila bercakap. Dalam percakapan kita sehari-hari, nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan sehari-hari, nada suara kita jarang-jarang mendatar, tetapi sebaliknya berbeza-beza, ada kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Ciri utama pertuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi percakapan kita, dan keadaan emosi kita kita ketika bercakap

 Contohnya:
a. Nama saya Maaroff
b. Sila masuk ke dalam kereta ini
c. Adik, jangan berlaku curang di belakang suami.
d. Jangan bergerak. Jika tidak, aku tembak!
 e. Amboi, cantiknya baju itu!


Intonasi amat penting bagi tatabahasa bahasa Melayu. Oleh sebab peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam empat pola ayat dasar bahasa Melayu, hanya satu sahaja yang mengandungi kata kerja, iaitu pola FN+FK; yang tiga lagi tidak memerlukan kata kerja sama sekali pada predikatnya. Dalam hal ini intonasi menjadi tanda pemisah antara subjek dengan predikat dalam ayat bahasa Melayu.

Contoh: Pemain itu penagih


 Ayat di atas dapat dipisahkan dengan intonasi yang sesuai, menjadi Pemain itu (subjek) dan penagih (predikat). Lihat contoh berikut


Contoh: Irfan menulis surat itu

Ayat di atas dapat dibezakan intonasinya dengan mengasingkan subjeknya, Irfan, daripada predikatnya, menulis surat itu.

Tingkat nada dalam intonasi biasanya ditandai dengan angka 1, 2, 3, dan 4. Angka 1 merupakan nada yang paling rendah dan angka 4 nada yang paling tinggi. Nada 2 merupakan nada permulaan dalam ujaran sesuatu ayat, manakala nada 3 dianggap sebagai nada tekanan


a. Ayat penyata

Dalam ayat Pemain itu penagih mempunyai pola intonasi ayat penyata iaitu 2-4- 2-3. Frasa subjek Pemain itu ditandai dengan tingkat nada 2-4, manakala frasa predikat penagih ditandai dengan tingkat 2-3. Pemisahan subjek daripada predikat menjadi nyata kerana nada suara turun daripada tingkat 4 pada suku kata akhir frasa subjek ke tingkat 2, iaitu nada permulaan pada frasa predikat. Tingkat nada 3 pada suku kata akhir menandakan selesainya pengucapan frasa predikat


b. Ayat tanya 


Intonasia ayat tanya dalam bahasa Melayu mempunyai tingkat nada 2-4-3-4, dengan nada 3 yang terletak pada suku kata akhir naik kembali ke nada 4 sebagai penutup ayat


Intonasi ini digunakan dalam bentuk pertanyaan kepada seorang pendengar untuk dijawab oleh orang yang ditanyakan. Ayat tanya dapat dibentuk dengan partikel – kah yang diletakkan pada predikat yang kemudian mengalami penjudulan, dan dipindahkan ke hadapan ayat oleh sebab predikat yang disertai partikel –kah itu dipentingkan. Daripada ayat biasa Pemain itu penagih, ayat tanya dalam partikel

c. Ayat Perintah


Dalam ayat perintah, predikat lebih dipentingkan daripada subjek

 Contoh:

Sebenarnya terbit daripada ayat, Kamu keluar! Perkataan kamu iaitu ganti nama diri kedua, telah digugurkan dan meninggalkan predikat keluar. Sebagai frasa predikat, keluar diucapkan dengan nada 2-3 seperti berikut:



1 comment:

  1. Saya Rambo Hitam dari Grammy, saya bekerja di Kem Grammy, isteri saya meninggal dunia 6 tahun yang lalu dan sejak saya menjaga anak tunggal saya bernama Clinton, seorang kawan nasihat saya untuk mencari isteri, pada pencarian saya bertemu Jennifer dia dan wanita Inggeris, Saya suka begitu banyak bahawa saya boleh memberikan segala-galanya dia berusia 37 tahun, selepas beberapa waktu bertarikh saya begitu banyak cinta dengannya, kami mempunyai beberapa salah faham, dan dia pecah dengan saya dan saya merayu kepadanya untuk kembali anak saya dipanggil dia berkata Tidak, bahawa dia telah menemui orang lain, dan kita suka antara satu sama lain selepas beberapa hari saya membaca artikel tentang bagaimana Dr Lomi boleh membantu membawa kembali , Saya memutuskan untuk mencuba, saya menghubungi Dr Lomi untuk membantu beliau memberitahu saya apa yang perlu dilakukan untuk membawa balik kekasih saya yang saya lakukan, dia melakukan doa dan Jennifer kembali dia mencintai saya dan menghargai saya lebih sekarang, dan kami mempunyai masa terbaik dalam hidup kita, Dr Lomi juga menyediakan beberapa herba semulajadi yang membuat saya kuat dan sihat lagi sekarang saya merasa seperti seorang pemuda saya berpuas hati dengan seksualnya sangat baik kita berdua gembira, hubungi Dr Lomi pada nombor WhatsApp +2349034287285 atau e-mel kepadanya di lomiultimatetemple@gmail.com HE MEMPUNYAI PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK ANDA.

    ReplyDelete