Monday 28 December 2015

BAB 3 : INTONASI

2.2.2  Intonasi pelbagai jenis ayat. 

   Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila bercakap. Dalam percakapan kita sehari-hari, nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan sehari-hari, nada suara kita jarang-jarang mendatar, tetapi sebaliknya berbeza-beza, ada kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Ciri utama pertuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi percakapan kita, dan keadaan emosi kita kita ketika bercakap

 Contohnya:
a. Nama saya Maaroff
b. Sila masuk ke dalam kereta ini
c. Adik, jangan berlaku curang di belakang suami.
d. Jangan bergerak. Jika tidak, aku tembak!
 e. Amboi, cantiknya baju itu!


Intonasi amat penting bagi tatabahasa bahasa Melayu. Oleh sebab peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam empat pola ayat dasar bahasa Melayu, hanya satu sahaja yang mengandungi kata kerja, iaitu pola FN+FK; yang tiga lagi tidak memerlukan kata kerja sama sekali pada predikatnya. Dalam hal ini intonasi menjadi tanda pemisah antara subjek dengan predikat dalam ayat bahasa Melayu.

Contoh: Pemain itu penagih


 Ayat di atas dapat dipisahkan dengan intonasi yang sesuai, menjadi Pemain itu (subjek) dan penagih (predikat). Lihat contoh berikut


Contoh: Irfan menulis surat itu

Ayat di atas dapat dibezakan intonasinya dengan mengasingkan subjeknya, Irfan, daripada predikatnya, menulis surat itu.

Tingkat nada dalam intonasi biasanya ditandai dengan angka 1, 2, 3, dan 4. Angka 1 merupakan nada yang paling rendah dan angka 4 nada yang paling tinggi. Nada 2 merupakan nada permulaan dalam ujaran sesuatu ayat, manakala nada 3 dianggap sebagai nada tekanan


a. Ayat penyata

Dalam ayat Pemain itu penagih mempunyai pola intonasi ayat penyata iaitu 2-4- 2-3. Frasa subjek Pemain itu ditandai dengan tingkat nada 2-4, manakala frasa predikat penagih ditandai dengan tingkat 2-3. Pemisahan subjek daripada predikat menjadi nyata kerana nada suara turun daripada tingkat 4 pada suku kata akhir frasa subjek ke tingkat 2, iaitu nada permulaan pada frasa predikat. Tingkat nada 3 pada suku kata akhir menandakan selesainya pengucapan frasa predikat


b. Ayat tanya 


Intonasia ayat tanya dalam bahasa Melayu mempunyai tingkat nada 2-4-3-4, dengan nada 3 yang terletak pada suku kata akhir naik kembali ke nada 4 sebagai penutup ayat


Intonasi ini digunakan dalam bentuk pertanyaan kepada seorang pendengar untuk dijawab oleh orang yang ditanyakan. Ayat tanya dapat dibentuk dengan partikel – kah yang diletakkan pada predikat yang kemudian mengalami penjudulan, dan dipindahkan ke hadapan ayat oleh sebab predikat yang disertai partikel –kah itu dipentingkan. Daripada ayat biasa Pemain itu penagih, ayat tanya dalam partikel

c. Ayat Perintah


Dalam ayat perintah, predikat lebih dipentingkan daripada subjek

 Contoh:

Sebenarnya terbit daripada ayat, Kamu keluar! Perkataan kamu iaitu ganti nama diri kedua, telah digugurkan dan meninggalkan predikat keluar. Sebagai frasa predikat, keluar diucapkan dengan nada 2-3 seperti berikut:



Tuesday 8 December 2015

BAB 4 ; EJAAN DAN TATABAHASA


3.1 Ejaan Sistem ejaan bahasa Melayu ialah sistem yang pada umumnya berdasarkan kaedah fonemik, iaitu unit-unit bunyi yang berfungsi sahaja yang dilambangkan dengan huruf dan pada umumnya tidakada huruf-huruf yang senyap. Walau bagaimanapun, satu prinsip yang digunakan dalam pengejaan istilah-istilah pinjaman ialah pengekalan bentuk ejaan kata asing seboleh yang mungkin, terutama sekali perkataan-perkataan yang baharu sahaja diserapkan. Perkataan yang sudah lama masuk ke dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya mengikut kelazimannya. 

Prinsip pengekalan ejaan perkataan asing melibatkan kemunculan ciri-ciri bunyi dan juga bunyi-bunyi yang baharu dalam bahasa Melayu. Dalam buku Pedoman Umum Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992) menggabungkan dua kumpulan utama kata pinjaman dari segi ejaannya, iaitu:

a.) kata asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu, 

                     b.) kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu. 


3.1.1 Kata Asing yang Belum Sepenuhnya Terserap Ada beberapa kata asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu sama ada kerana ketiadaan padanannya yang sesuai ataupun kerana keinginan mengekalkan bentuk asal atas dasar sifat keantarabangsaan penggunaannya. Perkataan tersebut dieja dan disebut seperti kata asalnya. 

Contohnya: 

                             landrover             qadi 
                              ad hoc                 qari 
                              de facto               hadith
                               in vitro              protein
                              overdraf            diesel




3.1.3 Sistem Keselarasan Huruf Vokal 

Terdapat dua sistem pengejaan baru bahasa Melayu iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal yang digunakan untuk mengeja kata bahasa Melayu dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal yang digunakan untuk pengejaan kata pinjaman.

3.1.3.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal.

Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu terdapat lapan belas (18) pola keselarasan huruf vokal. Keselarasan huruf vokal ialah kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dan pada suku kata akhir tertutup. Keselarasan huruf vokal ini terbentuk berasaskan prinsip:

                 a. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak melibatkan                            pengimbuhan.

                 b. Kata dasar yang berakhiran dengan suku kata tertutup iaitu tidak melibatkan                          suku kata akhir terbuka

                c. Bagi kata yang lebih daripada dua suku kata , yang termasuk dalam sistem                           keselarasan huruf vokal ini hanyalah daripada dua suku kata yang terakhir                             sahaja.
 




3.1.3.2 Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV)

Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang ada sekarang terdapat beberapa perkataan yang dikecualikan daripada hukum keselarasan vokal. Hukum ini dilaksanakan kepada beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Nusantara dan kata serapan daripada bahasa Inggeris. Hukum ini dikenali sebagai Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV).

Terdapat sejumlah perkataan daripada bahasa Jawa yang sering digunakan dalam bahasa Melayu, namun pengejaannya dikecualikan daripada hukum keselarasan vokal yang digunakan. Perkataan-perkataan tersebut ialah aneh, perabot, lancong, lakon, calon, lapor, tulen, pamer, kaget, gembleng


Dalam hal ini ramai yang masih keliru dengan pengejaan perkataan-perkataan yang disebutkan itu. Cara terbaik untuk itu ialah dengan menghafazkannya, ia merupakan salah satu langkah terbaik.

Hukum kekecualian keselarasan vokal melibatkan pasangan vokal berikut:-



i) a - e (t) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah a - i .

Misalnya dalam perkataan /aneh/ dan /kaget/ polanya ialah a - e

bukan dieja sebagai /anih/ dan /kagit/ yang menggunakan pola a - i seperti dalam perkataan balik, kalis, masin yang terdapat dalam sistem keselarasan vokal

ii.) a - o yang sepatutnya keselarasan vokal ialah a - u . Misalnya dalam perkataan /calon/ dan /lapor/ polanya ialah a - u bukan dieja sebagai /calun/ dan /lapur/ yang menggunakan pola a - u


3.1.3.3 Ejaan Gugus Konsonan Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuknya ke dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Penulisan Gugus Konsonan di Awal Kata

3.1.3.4 Penulisan Kata Kata Terbitan: Kata terbitan ialah kata dasar yang berimbuhan atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain. Semua imbuhan dan semua bentuk terikat lain yang tidak dapat berdiri sendiri ditulis serangkai atau bersambung dengan kata dasar atau bentuk dasarnya atau bentuk akarnya.









BAB 2 : SEBUTAN

2.1 Sebutan

A. Abjad

Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf yang berikut. Sebutan huruf disertakan di sebelahnya.

Huruf             Sebutan             

Aa                     e                          
Bb                     bi
Cc                     si
Dd                    di
Ee                     i
Fe                     ef
Gg                    ji
Hh                    ec
Ii                      ai
Jj                       je
Kk                    ke
Ll                     el
Mm                  em
Nn                   en
Oo                    o
Pp                    pi
Qq                  kiu
Rr                   ar
Ss                    es
Tu                   ti
Uu                    yu
Vv                    vi
Ww                  dabliu
Xx                    eks
Yy                      wai
Zz                       zet



B. Huruf Vokal 

 Huruf Vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada: a, e, i, o dan u. Huruf e melambangkan dua bunyi, iaitu e pepet dan e taling.
               







C. Huruf Diftong

Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal sebagai berikut: ai, au, dan oi.






D. Huruf Konsonan


Huruf konsonan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf-huruf b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, dan z




E. Gabungan Huruf Konsonan 

Dalam bahasa Melayu terdapat lima gabungan huruf konsonan, iaitu gh, kh, ng, ny, dan sy, yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan.




F. Persukuan


Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh sebuah huruf vokal. Huruf vokal itu dapat didahului atau diikuti oleh huruf konsonan. (Pada contoh berikut, V = huruf vokal, K = huruf konsonan).




1. Bahasa Melayu mempunyai empat jenis pola umum suku kata:







Monday 7 December 2015

BAB 1 : SEJARAH BAHASA MELAYU

PENGENALAN

  •            Bahasa melayu mempunyai keunikan tersendiri. Mutu bahasa Melayu semakin jelas terserlah apabila bahasa ini diaplikasi dalam pelbagai laras dan wacana pembelajaran dari sekolah rendah sehinggalah peringkat universiti. Kebanyakan pengunaan bahasa melayu adalah berdasarkan sejarah dan budaya.Bermula tahun 2007,bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum.Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara iaitu Asia Tengah dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara in.

                                                                                                                                            
FUNGSI

  • §                                 Bahasa yang diberi fungsi untuk menunjukkan

           identiti kebangsaan bagi sesebuah negara.

  •                                   Dipilih daripada salah sebuah bahasa tempatan

          atau peribumi yang telah lama digunakan
          sebagai alat perhubungan di kalangan
          penduduknya serta dapat menggambarkan ciriciri
          kebangsaan negera berkenaan

  • §                                Dalam konteks keanggotaan dalam masyarakat, bahasa

           berfungsi sebagai alat untuk menjamin dan
           mengekalkan hubungan di antara keanggotaan
           masyarakat tersebut.

  • §                             Dalam konteks sosial, bahasa digunakan sebagai alat

             untuk mengenal penerima dengan lebih mendalam.

  • §                              Misalnya, bagaimana ia bercakap dan apa yang

           dipercakapkan akan memberikan tanda-tanda dan
           keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya seperti
           sikap, pendirian, pekerjaannya, tempat asalnya, dan

            berbagai-bagai aspek latar belakangnya.


                   Teori Yunan Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut: 

                    Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. 

                  Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar). 

                 Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.  

                Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. 

Teori Nusantara 

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah: 

            Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.


1.1.2 Bahasa Melayu sebagai lingua franca Lingua franca

bermaksud bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat atau orang-orang yang berlainan bahasa. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bahasa Melayu diterima umum sebagai lingua franca. Antaranya ialah:

             (a) Sifat bahasa itu sendiri yang sederhana dan mudah menerima unsur luar. Bahasa itu dapat                dibentuk untuk sebarang keperluan dan lebih senang dipelajari.

           (b) Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.

            (c) Mempunyai sistem yang lebih fleksibel dan mudah menerima pengaruh asing.

 Bahasa Melayu telah dipengaruhi pelbagai bahasa lain. Antara bahasa yang banyak mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa Arab dan bahasa penjajahan seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Sejarah perkembangan bahasa Melayu bermula sejak zaman awal kedatangan manusia Melayu dari Yunan pada 2500 sebelum Masihi hingga 1500 sebelum Masihi sehinggalah bahasa Melayu diletakkan sebagai bahasa kebangsaan apabila negerinegeri di Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.