Monday, 7 December 2015

BAB 1 : SEJARAH BAHASA MELAYU

PENGENALAN

  •            Bahasa melayu mempunyai keunikan tersendiri. Mutu bahasa Melayu semakin jelas terserlah apabila bahasa ini diaplikasi dalam pelbagai laras dan wacana pembelajaran dari sekolah rendah sehinggalah peringkat universiti. Kebanyakan pengunaan bahasa melayu adalah berdasarkan sejarah dan budaya.Bermula tahun 2007,bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum.Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara iaitu Asia Tengah dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara in.

                                                                                                                                            
FUNGSI

  • §                                 Bahasa yang diberi fungsi untuk menunjukkan

           identiti kebangsaan bagi sesebuah negara.

  •                                   Dipilih daripada salah sebuah bahasa tempatan

          atau peribumi yang telah lama digunakan
          sebagai alat perhubungan di kalangan
          penduduknya serta dapat menggambarkan ciriciri
          kebangsaan negera berkenaan

  • §                                Dalam konteks keanggotaan dalam masyarakat, bahasa

           berfungsi sebagai alat untuk menjamin dan
           mengekalkan hubungan di antara keanggotaan
           masyarakat tersebut.

  • §                             Dalam konteks sosial, bahasa digunakan sebagai alat

             untuk mengenal penerima dengan lebih mendalam.

  • §                              Misalnya, bagaimana ia bercakap dan apa yang

           dipercakapkan akan memberikan tanda-tanda dan
           keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya seperti
           sikap, pendirian, pekerjaannya, tempat asalnya, dan

            berbagai-bagai aspek latar belakangnya.


                   Teori Yunan Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut: 

                    Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. 

                  Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar). 

                 Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.  

                Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. 

Teori Nusantara 

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah: 

            Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.


1.1.2 Bahasa Melayu sebagai lingua franca Lingua franca

bermaksud bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat atau orang-orang yang berlainan bahasa. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bahasa Melayu diterima umum sebagai lingua franca. Antaranya ialah:

             (a) Sifat bahasa itu sendiri yang sederhana dan mudah menerima unsur luar. Bahasa itu dapat                dibentuk untuk sebarang keperluan dan lebih senang dipelajari.

           (b) Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.

            (c) Mempunyai sistem yang lebih fleksibel dan mudah menerima pengaruh asing.

 Bahasa Melayu telah dipengaruhi pelbagai bahasa lain. Antara bahasa yang banyak mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa Arab dan bahasa penjajahan seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Sejarah perkembangan bahasa Melayu bermula sejak zaman awal kedatangan manusia Melayu dari Yunan pada 2500 sebelum Masihi hingga 1500 sebelum Masihi sehinggalah bahasa Melayu diletakkan sebagai bahasa kebangsaan apabila negerinegeri di Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.


























No comments:

Post a Comment